Sebuah Cerita Bahagia dan Kecewa
Didalam sebuah Taman Hati, tinggallah Bahagia didalamnya. Bahagia sangat sukakan keindahan, lalu dihiasinya Taman hati itu dengan keindahan dan kecantikan. Dulunya Taman Hati itu hanya sepi, sunyi dan gelap tapi kini Taman Hati itu telah berubah menjadi sebuah Taman Hati yang indah dan cantik. Ramai yang datang melawat dan bermain bersama-sama Bahagia di dalam Taman Hati itu. Bahagia juga telah mendapat teman-teman baru iaitu Gembira dan Suka. Mereka selalu menghabiskan masa bersama-sama dan bermain bersama-sama di dalam Taman Hati itu.
Pada suatu hari, datanglah Kecewa untuk menumpang di Taman Hati tersebut, Bahagia yang merasa kasihan melihat Kecewa telah mempelawa Kecewa untuk tinggal bersama-sama didalam Taman Hati tersebut. Namun begitu, kelakuan Kecewa yang suka merosakkan Taman Hati tersebut tidak disenangi oleh Bahagia, Gembira dan Suka, lalu mereka telah berbincang untuk menasihati Kecewa. Apabila mereka menasihati Kecewa, Kecewa berasa sungguh marah lalu memaki hamun Bahagia, Gembira dan suka.
Pada hari berikutnya, Kecewa telah membawa kawan-kawannya iaitu Sedih dan Menangis untuk tinggal bersama-sama dalam Taman Hati tersebut. Perkara itu telah diketahui oleh oleh Bahagia dan kawan-kawannya dan mereka telah melarang Kecewa dari berbuat demikian. Akhirnya Kecewa dan kawan-kawannya telah bertindak menghalau Bahagia, Suka dan Gembira keluar dari Taman Hati tersebut. Maka dengan itu, merekalah yang berkuasa terhadap Taman Hati tersebut, dan telah melakukan banyak kerosakkan terhadapat Taman Hati itu.
Setelah sekian lama meninggalkan Taman Hati, Bahagia telah pulang untuk melihat keadaan Taman Hati tersebut dan alangkah terkejutnya Bahagia apabila melihat keadaan di dalam Taman Hati itu....
bersambung..........

This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteyerla.. dah xtahu apa sambungannya.... ngee~~
ReplyDeletekecewa~~ bila mau smbung ney....
ReplyDeletekecewa~~ bila mau smbung??
ReplyDeleteidea masih blum datang... bz sket skrg ni...
ReplyDelete