Fotografi - Sebelum membeli DSLR
1) JENAMA
Ini merupakan topik paling hangat dikalangan orang yang baru nak membeli DSLR. selalunya soalan ini depa akan tanya kepada orang yang lebih lama menggunakan DSLR. tetapi jawapan yang dapat akan lebih ke arah jenama yang digunakan oleh senior itu. Jadi untuk anda yang baru nak menggunakan DSLR. carilah jenema yang kawan-kawan anda gunakan supaya senang untuk berkongsi pendapatan dan lens.
2) KEUPAYAAN
Bagi point ni mungkin agak mudah sebab kita boleh bermula dengan DSLR dalam keupayaan "AMATUR" terlebih dahulu. Ini kerana kita baru nak mengenali apa itu DSLR. Jika anda terus membeli DSLR yang professional. takut nanti tak pandai pakai, simpan dalam almari buat perhiasan pulak. Jadi ketahui dahulu tahap anda dimana.
3) HARGA
okay, untuk bahagian harga ini selalunya akan dipengaruhi oleh dua point kat atas. Jika anda baru nak bermula dan punyai bajet yang terhad. anda boleh la bermula dengan DSLR yang lebih murah harganya. Jangan risau sebab lepas ni bila dah pandai dan professional, anda boleh jual semula dan membali DSLR yang lebih baik dan mahal harganya.
4) BARU / SECOND HAND
Kalau anda membeli DSLR yang baru mungkin tiada masalah dengan perjalanan DSLR itu sebelum ini. Ini kerana anda akan dapat satu set yang baru. tetapi perlu berhati-hati juga takut ditipu oleh jurujual. Bagi DSLR yang second hand pula berlainan sedikit kerana banyak perkara yang anda perlu pastikan dahulu sebelum membeli. Jika anda seorang yang tidak tahu langsung berkaitan DSLR. Sila bawa orang yang lebih tahu (lepas tu sila belanja dia makan).
Ini sedikit sebanyak la yang boleh aku kongsi kan. Mungkin bagi orang lain ada lebih banyak yang perlu diambil perhatian. Jadi, tepuk dada tanya selera, tepuk poket tengok duit. Terima kasih.
Comments
Post a Comment