AZAM "Aku nak KURUSSSSS!!!!!"
Assalammualaikum dan selemat sejahtera,
sejak masuk tahun baru ni, aku nampak ramai yg letak azam mereka nak kurus.. dan ada juga bawa azam nak kurus tu dah bertahun-tahun.. tapi masih tak capai.. jadi untuk peristiwa yang macam ni.. aku ada sedikit pendapat la untuk kita ubahkan sikit azam ni.. jadikan lebih bermakna.. kalau tak dapat capai sasaran 100%.. 30% pon jadi la bagi untuk permulaan..
ok.. selalunya bila kita tanya orang-orang yg comel ni apa azam baru mereka.. selalunya kata nak kurus la.. tapi kurus yang macam mana.. mereka pon tak tahu.. jadi apa kata kita letak kan AZAM kita lebih spesifik dan realistik.. contohnya "Azam tahun ni nak turunkan 10KG.." hahaha.. apa macam? boleh capai tak setahun turun 10 KG?
Bila dah ada target macam tu, jangan terus pulun buat nak cepat-cepat.. apa kata kita buat sikit-sikit.. contohnya, 3 bulan pertama kita target turun 2KG.. 3bulan seterusnya jadikan 4KG.. 3bulan sebelum terakhir.. jadikan kepada 8KG.. dan 3bulan terakhir jadikan lah 10KG.. haaa... kan sikit-sikit tu.. bergantung kepada kemampuan masing-masing la..
bila dah ada target by phase(omputih okay).. try rancang apa nak buat dalam masa 3 bulan pertama tu.. mungkin boleh letakkan seminggu pertama study tentang diet.. study tentang cara bersenam yang betul.. beli la bahan bacaan dekat kedai buku.. kalau nak jimat lagi.. baca ja dekat dunia maya.. internet kan meluas.. manfaatkan seadanya..
bila dah ada pengetahuan.. boleh la merancang benda apa yang nak dibuat dalam seminggu pula.. contohnya dalam seminggu.. hari ahad dan hari rabu adalah hari jogging.. isnin dan khamis pula berpuasa.. hari-hari yang lain ikut kreativiti korang la.. tetapi jangan terlalu ketat.. longgarkan sedikit supaya kita tak rasa terbeban..
seterusnya rancangkan cara pemakanan.. contohnya kalau selalu makan fast food.. cuba slow-slow berhent.. contohnya dua minggu sekali ka.. sebulan sekali ka.. ataupon tak payah makan terus.. kalau teringin sangat.. bulan ni makan MCD sekali.. KFC pula makan la sekali bulan depan tu.. kan dah boleh berjimat tu.. disamping jaga kesihatan sama..
Jadikan 3 bulan pertama tu sebagai percubaan.. tengok capai tak target untuk turunkan berat badan.. kalau capai maknanya anda berjaya.. kalau lebih dari target.. dikira sebagai bonus.. kalau tak capai.. boleh baiki cara yang kita gunakan untuk 3bulan seterusnya.. pastikan sentiasa ada improvement dalam setiap apa yang kita lakukan..
Kalau la sampai akhir tahun kita dapat capai hanya 5KG.. jangan la bersedih.. sekurang-kurangnya azam yang nak bawa ke tahun hadapan hanya tinggal 5KG.. daripada setiap tahun azam yang sama kita bawa.. bolehkan kalau kita nak ubah.. kalau kita sendiri yang nak berubah.. jangan hanya terikut-ikut orang.. bila orang lain ada azam.. kita pon letakkan azam.. tapi tak sampai separuh jalan.. kita ambil jalan untuk mengalah.. apa-apa pon.. selamat TAHUN BARU semua.. semoga dapat capai 100% target.. ANDA MAMPU MENGUBAHNYA.. TIADA APA YANG MUSTAHIL JIKA KITA BERUSAHA..
Comments
Post a Comment