Belajar Bergambar di Putrajaya 3 January 2016
Assalammualaikum,
Di awal minggu tahun baru ni dapat juga aku buat aktiviti sendiri untuk belajar ambil gambar. Bukan apa, dah lama sangat aku tak pegang kamera, jadi nak tangkap gambar pon rasa kekok(tak tahu betul ke tidak ejaan) ja.. macam biasa aku akan berlatih dekat TAMAN BOTANI, PUTRAJAYA. Kebetulan hari yang aku p tu.. ada sekumpulan adik-adik ni tengah berpiknik.. jadi memohon bantuan mereka la untuk aku berlatih.. Alhamdulillah.. mereka pon sporting, jadi aku yang agak gelabah ni pon cuba la tangkap gambar mereka..
Nasib baik mereka ni happening juga, jadi tadak la masalah sangat aku nak communication dengan mereka. Belon tu tinggal yang tu ja, yang lain aku rasa dah meletup sebelum aku p dekat mereka.
Yang ni aku cuba untuk dapatkan gambar yang muka semua jelas, tadak yang blur.. rasanya ini satu ja yang jadi macam ni.. yang lain semua tak jadi.
Dekat sini la aku belajar, mungkin aku kena belajar banyak lagi sebab hasil yang aku tangkap masih belum puas hati. lagipun aku belajar sendiri.. hahaha.. memang la susah.. sebab tu kita perlukan guru dalam hidup kita ni.. apa-apa pon, kepada adik-adik yang membantu.. KORANG MEMANG TERBAIK LA... terima kasih sekali lagi..
Comments
Post a Comment