Posts

Showing posts from May, 2011

Sebuah Cerita Bahagia dan Kecewa

Didalam sebuah Taman Hati, tinggallah Bahagia didalamnya. Bahagia sangat sukakan keindahan, lalu dihiasinya Taman hati itu dengan keindahan dan kecantikan. Dulunya Taman Hati itu hanya sepi, sunyi dan gelap tapi kini Taman Hati itu telah berubah menjadi sebuah Taman Hati yang indah dan cantik. Ramai yang datang melawat dan bermain bersama-sama Bahagia di dalam Taman Hati itu. Bahagia juga telah mendapat teman-teman baru iaitu Gembira dan Suka. Mereka selalu menghabiskan masa bersama-sama dan bermain bersama-sama di dalam Taman Hati itu.


Pada suatu hari, datanglah Kecewa untuk menumpang di Taman Hati tersebut, Bahagia yang merasa kasihan melihat Kecewa telah mempelawa Kecewa untuk tinggal bersama-sama didalam Taman Hati tersebut. Namun begitu, kelakuan Kecewa yang suka merosakkan Taman Hati tersebut tidak disenangi oleh Bahagia, Gembira dan Suka, lalu mereka telah berbincang untuk menasihati Kecewa. Apabila mereka menasihati Kecewa, Kecewa berasa sungguh marah lalu memaki hamun Bahagia,…