Posts

Showing posts from 2018

Rawatan Chiropractic pertamaku

Image
Assalamualaikum,

hehehe.. tak sempat nak update semalam pasal chiropractic sebab rasa letih dan tertidoq awal. Ini kali pertama aku buat rawatan ni, itupon selepas aku buat pemeriksaan percuma depa masa promosi kat IOI Mall. Kali pertama aku jumpa doktor dia masih belum buat rawatan lagi cuma dia bagi penerangan saja, kemudian dia suruh aku p buat x-ray dulu bahagian tulang belakang sebab dia nak tengok keadaan tulang belakang aku.

jadi semalam bila x-ray dah ada, dia terangkan la semua pasal tulang aku. Sedih jugak la tengok tulang sendiri senget sebelah kanan. Patut la aku selalu rasa letih dan lemah sebelah kanan. Bahagian bawah plak lubang untuk saluran saraf aku dah mengecil sebab tu aku selalu sakit kaki dan lenguh-lenguh.

lepas dia bagi penerangan pasal keadaan tulang aku, dia pon buat adjustment untuk kembalikan tulang kepada kedudukan asal. Doktor kata aku kena buat rawatan susulan sebanyak 60 kali.. fuhh.. berpeluh bai.. seminggu kena datang 3 kali.. dan kos rawatan sekali d…

Super Ayah

Image
Hari ni ayah jaga firas sebab ibu kena masuk kerja, masa mula2 dulu rasa takut juga nak jaga sebab tak ada pengalaman lagi. tapi disebabkan terpaksa juga ayah jaga. Tapi sekarang dah tiada masalah sebab Firas kan budak baik. hehehe..

awal pagi Firas dah menangis nak ikut ibu keluar, jadi ayah kena la ambik jalan penyelesaiannya. cuba teka apa dia.. hahaha.. mesti la bawa Firas jalan-jalan kat luar. lepas main kat luar, balik rumah bagi Firas tengok tv cerita upin dan ipin, nasib baik ibu ada buat cucur semalam, boleh la bagi Firas makan dulu sementara nak tunggu sampai pukul 10 pagi.

Tepat pukul 10 pagi, cakap ja kat Firas "nak mandi x?" terus dia belari p bilik air nak buka baju sebab Firas suka main air. Aku tiba-tiba teringat yang semalam ada beli buih sabun kat Putrajaya, apa lagi kami dua main buih sabun la dalam bilik air, habis basah baju aku sebab Firas baling dengan air.

Habis Firas mandi, bagi pakai pamper, baju dengan seluar. tapi Firas jenis tak suka pakai pamper…

Permulaan baru

Image
Seminggu ni aku cuba idea baru dengan padamkan semua gambar2 dekat IG ceehedi sebab aku nak jadikan dia sebagai media untuk letakkan apa saja berbanding sebelum ni aku hanya letakkan gambar2 dari job aku saja. Akaun twitter pon aku ubah juga sebab aku rasa perlu ada sedikit perubahan plan aku. Harap2 kali ni berjaya la untuk aku jadi lebih aktif dan tarik lebih ramai orang untuk follow page aku.

Fotografi - Perbezaan ISO

Image
Assalammualaikum dan selamat tengah hari la yer.. untuk mereka yang dah baca pasal Fotografi - Pengetahuan asas dalam mengendali kamera DSLR. Ada penerangan serba sedikit berkaitan ISO. Jadi untuk kali ni aku bagi contoh perbezaan tangkap gambar pada shutter speed dan Aperture yang sama tetapi terdapat perubahan pada ISO. dan hasilnya aku gabungkan la dalam satu gambar untuk membuatkan hampa jadi lebih jelas lagi. Boleh macam tu? ok x ni? Terima kasih.

Fotografi - Sebelum membeli DSLR

Image
Untuk membeli DSLR akan membuatkan kita pening seketika kerana tidak tahu DSLR macam mana yang perlu untuk dibeli. Jadi sebelum membeli DSLR anda perlulah membuat beberapa penilaian atau perancangan agar kamera DSLR yang dibeli berbaloi dan sesuai dengan anda. Disini kami beri 4 perkara yang perlu anda fikir dahulu sebelum membeli.
1) JENAMA Ini merupakan topik paling hangat dikalangan orang yang baru nak membeli DSLR. selalunya soalan ini depa akan tanya kepada orang yang lebih lama menggunakan DSLR. tetapi jawapan yang dapat akan lebih ke arah jenama yang digunakan oleh senior itu. Jadi untuk anda yang baru nak menggunakan DSLR. carilah jenema yang kawan-kawan anda gunakan supaya senang untuk berkongsi pendapatan dan lens.
2) KEUPAYAAN Bagi point ni mungkin agak mudah sebab kita boleh bermula dengan DSLR dalam keupayaan "AMATUR" terlebih dahulu. Ini kerana kita baru nak mengenali apa itu DSLR. Jika anda terus membeli DSLR yang professional. takut nanti tak pandai pakai, s…

Fotografi - Pengetahuan asas dalam mengendali kamera DSLR

Image
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Untuk pertama kalinya aku buat posting pada tahun 2018. (sila tepuk tangan sikit).

Kali ni aku nak terangkan secara santai sajalah berkaitan fotografi. Ramai yang selalu datang kat aku dengan masalah-masalah seperti berikut.. jeng jeng jeng:-

1) gambar gelap/cerah sangat
2) gambar blur
3) macam mana kalau tak nak pakai auto

jadi dekat sini aku kongsi sikit apa yang aku tahu la. Dalam perkara asas ni kita kena tau 3 perkara utama nak pakai DSLR.

1) ISO
2) Shutter Speed
3) Aperture

3 benda kat atas tu hampa mesti kena tau.. kiranya perkara wajib la sebab kalau tak tau macam mana hampa nak guna kamera DSLR tu. nanti cakap kata kamera tu plak tak baguih. tapi benda ni bukan untuk kamera DSLR ja.. ini benda asas untuk semua kamera tau.. kalau nak pakai manual la.. kalau setakat nak pakai auto.. mana pernah ada orang nak ambik tau..

zaman sekarang ni dah mudah, banyak kita boleh belajar di internet. macam gambar kat bawah ni kalau kita nak fahamkan maca…