Sebuah Cerita Bahagia dan Kecewa Part II

Assalammualaikum dan salam sejahtera,
rasanya bagi mereka yang pernah membaca cerita yang aku tulis dulu (Sebuah Cerita Bahagia dan Kecewa ) pasti nak tahu cerita selanjutnya kan, kalau tak nak pon tak mengapa.. hehehe..
dan ini sambungan cerita tersebut..

Keadaan Taman Hati yang dulunya begitu indah telah musnah sama sekali, bagaikan tiada sesiapa pon mahu tinggal didalam Taman Hati yang sebegitu. Bahagia berasa sungguh marah dengan perbuatan Kecewa dan kawan-kawannya itu. Bahagia bernekad untuk bersemuka dengan mereka.

Disaat Bahagia bersemuka dengan Kecewa dan kawan-kawannya, Bahagia dimaki oleh mereka yang tidak bertanggungjawab itu. Mereka melepaskan Taman Hati yang musnah itu kepada Bahagia dan mencari tempat yang baru untuk mereka tinggal.

Disaat tiada sesiapa yang mahu tinggal disitu, Bahagia berusaha untuk mencantikkan semula Taman Hati tersebut agar menjadi indah seperti dahulu semula. Keasyikkan Bahagia membuat kerja, membuatkannya tidak menghiraukan lagi orang yang lalu-lalang dihadapannya. Bahagia bagaikan tidak mahu sesiapa pon masuk kedalam Taman Hati tersebut.

Apabila melihat keadaan Bahagia yang sebegitu, Gembira dan Suka menasihati Bahagia agar membuka semula Taman Hati tersebut untuk orang lain. Bahagia tidak bersetuju kerana dia mahu menghiasi Taman Hati itu agar menjadi indah seperti sediakala. Gembira dan Suka menolong Bahagia untuk membina semula Taman Hati tersebut.

Keadaan yang teruk akibat dimusnahkan oleh Kecewa dan kawan-kawannya telah dibaik pulih semula oleh Bahagia menjadi indah semula. Sedar tidak sedar mereka telah mengambil masa selama 6 bulan untuk mengindahkan semula Taman Hati tersebut. Apabila Taman Hati telah menjadi indah seperti sediakala. Ramai yang cuba untuk memasukinya, tetapi Bahagia tetap tidak dapat menerima mereka.

Tiba-tiba pada suatu hari, Bahagia terlihat kelibat seorang gadis yang cukup menarik minatnya dan bahagia berasa tidak puas menatap wajah gadis tersebut......

Bersambung..........

Comments

  1. Ok. Sila sambung. Adakah cerita ini berdasarkan rekaan atau pengalaman?

    ReplyDelete
  2. kalau nak tunggu sambungan.. entah bila plak akan siap..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tempat Syiok - Bangi Sentral Syurga para Hijabster!!

Idea untuk kerja sambilan/part time di Malaysia

Pesanan 1: Tanpa sedar doa tiada duit