Idea untuk kerja sambilan/part time di Malaysia

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Akhir-akhir ini ramai orang mengeluh berkaitan kos sara hidup semakin meningkat. Ramai yang lebih gemar menyalahkan pihak-pihak tertentu tanpa berusaha untuk memperbaiki keadaan diri tetapi ramai juga yang telah berusaha dalam memperbaiki keadaan diri dan berjaya untuk hidup dalam keadaan yang lebih selesa. Disini penulis nak kongsikan idea-idea yang boleh kita cuba untuk menambahkan sedikit pendapatan.

Uber/GrabCar
Jika anda mempunyai kereta sendiri dan boleh memandu kereta. Anda boleh mendaftarkan diri anda sebagai pemandu Uber/GrabCar. Disamping anda menambah pendapatan, anda juga boleh menambah pengetahuan berkaitan jalan-jalan yang dilalui.

Designer
Bagi kategori ini, jika anda seorang yang kreatif dan pandai menggunakan software untuk menghasilkan design-design yang menarik. Anda boleh mengambil upah untuk menyediakan design kepada individu, kumpulan dan juga syarikat yang mengupah perkhidmatan menyediakan design.

Photographer
Jika anda suka dengan gambar dan mempunyai kemahiran bermain dengan kamera. Anda juga boleh menjadikan jurukamera sebagai kerja sambilan anda. Ini kerana kebanyakkan orang menggunakan perkhidmatan jurukamera pada hujung minggu, dan ia tidak akan mengganggu waktu bekerja tetap anda.

Dropship
Jika anda tak mempunyai wang yang banyak untuk memulakan sesebuah perniagaan, anda boleh menjadi dropship kepada syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan ini. Tugas anda hanyalah mencari pembeli kepada barangan mereka dan seterusnya serahkan saja kepada mereka untuk uruskan mengepos barang. Tetapi sila berhati-hati dan carilah syarikat yang tidak mempunyai masalah.

Berniaga
Bagi anda yang mempunyai minat dalam bidang perniagaan, terdapat banyak barangan yang boleh anda jual. Contohnya anda boleh menjual tudung-tudung, kasut, pakaian, dan jika anda pandai memasak, anda boleh menjual makanan anda untuk dinikmati oleh orang ramai.

Kerja sambilan dengan syarikat
Bagi anda yang tidak tahu untuk memulakan perniagaan sendiri, mereka juga boleh bekerja dengan syarikat yang menawarkan perkhidmatan pekerjaan sambilan. Anda boleh bekerja dengan catering apabila ada event. Menjadi pekerja untuk syarikat makanan segera dan memohon untuk bekerja selepas waktu kerja hakiki.

Penulis
Jika anda seorang yang mempunyai kebolehan dalam penulisan, anda boleh menjadi penulis artikel-artikel atau buku-buku yang menarik untuk dibaca. Anda juga boleh mengambil upah untuk menulis artikel orang/syarikat lain.

Rasanya banyak lagi kerja sambilan yang membolehkan kita menambah pendapatan, cuma kita jangan terlalu banyak mengeluh dan selalu memberikan alasan. “Orang berjaya akan menerima cabaran, orang yang gagal akan memberikan alasan”.

Jika anda tidak bersetuju dan mempunyai idea atau pendapat yang lebih baik, boleh saja berkongsi dengan penulis.

Comments

  1. Setuju....
    Pendek kata, cuba dan lakukan saja pekerjaan yang ada, yang penting halal. Tak gitu?

    Ni nak tanya, awat tulisannya gelap? hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts