Honda Civic 2.0 idaman kalbu

huhuhu.. tajuk dia gempak kan.. kereta ni merupakan kereta idaman aku kot.. hari-hari orang lain duk layoq depan mata aku... tahu ka layoq tu apa..? hahahaha... maknanya duk tayang la.. hari-hari duk nampak orang lain naik... aku nak naik tak tahu la bila lagi... huhuhu..  aku minat sebab... nampak smart kot.. hahahaha.. tak tahu la kalau ada perasaan nak berlagak tu datang sekali.. tapi tak la jugak.. sebab aku minat dah lama kot.. kadang-kadang kita kena la pasang impian kan untuk memiliki apa yang kita hajati..

jom kita hayati sikit kereta ni.. huhuhu.. tengok la dia punya enjin.. macam dah sapu minyak sapi ja.. hahaha.. aku kalau jadi pengomen kereta-kereta.. comfirm fail.. sebab tak tahu apa langsung.. tahu nak guna ja.. hehehehe... tapi kalau tengok enjin dia pon dah rasa macam nak sangat beli kan.. tak pa.. kumpul duit bebanyak dulu.. lepas tu baru le sambaq terus kereta idaman ni.. hehehehe..

bila tengok banyak-banyak kali... rasa ketaq habis badan-badan... macam nak p kedai.. cakap kat tokey kedai kereta tu macam ni.. "Tokey bagi kereta ni sebiji.. bulan-bulan bayar RM350.. boleh ker?" hahahaha... comfirm-comfirm dapat.. dapat maki ja.. hahaha... harga dekat mudah.my pon dah RM90 ribu lebih.. ada hati nak bayar RM350.. hahaha.. tapi tak pa la.. bila hati nak mencapai impian.. kekuatan minda akan mencari jalan untuk mengejarnya... huhuhuhu... jom tido sambil mimpikan kereta idaman ini... ZZzzzzz....

Comments

Popular posts from this blog

Tempat Syiok - Bangi Sentral Syurga para Hijabster!!

Idea untuk kerja sambilan/part time di Malaysia

Pesanan 1: Tanpa sedar doa tiada duit