Jannah Kawen...

haaa... apa macam.. lama tak menaip blog ni.. hahahaha.. rasa macam tadak idea la pulak.. hehehhee... berkaitan dengan tajuk kat atas tu.. Jannah atau pangkat dia makcik la.. dah melangsungkan majlis perkahwinan di rumah Tok Wan pada 17 Mac 2012 haritu.. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan cuaca pada hari tu memang cerah la walaupon petang-petang sikit tu macam hujan sikit.. tapi sekejap jer la.. hahaha... Macam biasa.. aku dengan kamera kesayangan aku  pon memulakan la sesi tembak-menembak ni.. dan ada la sikit hasil-hasilnya.. huhuhuhu...

sebelum Majlis makan-makan bermula atau ketibaan pengantin lelaki la.. Bacaan Yaasin dan doa selamat dimulakan dahulu.. untuk kita sama-sama berdoaa agar pasangan pengantin ini akan berbahagia sehingga ke akhir hayat... masa berdoa tu la kita kena memohon dengan sepenuh hati.. tengok la Uncle Net berdoa macam mana... penuh kekusyukan.. huhuhu...

selepas selesai berdoakan dan bacaan Yassin.. apa lagi.. mari kita menjamu selera la.. hahahaha.. tak kan la nak balik terus pulak kan.. perut dah lapar tu.. huhuhu... antara gelagat-gelagat para tetamu dan tuan rumah boleh didapati di laman web berikut.. hahahhaa.. gurau ja... ada la gambar-gambar kat bawah ni..

makan-makan.. jangan lepaskan peluang... huhuhu,, antara tetamu yang hadir...

adik ni makan nasi saja.. hahaha.. mesti perangai sama macam aku.. jenis takut makan pedas..
ini kakak kepada Jannah.. memerangkap Untie Lang aku la.. hahaha...
haaaa... ini namanya makan beradap.. betul ka..? aku pon main hentam ja.. hahaha..
ini la hantaran yang disediakan.. huhuhu.. minat btl aku dengan coklat fererro tu.. nyum2...


Majlis yang berlansung telah menghimpunkan sanak saudara yang jauh dan dekat... macam aku la.. dari KL.. (waaaahh dah jadi orang KL rupanya) hahahaha... Alhamdulillah semuanya telah selesai.. aku pon tak tahu kenapa lambat sangat aku update dekat blog ni.. hahaha.. sebab malas.. huahuahua.. ok la.. untuk penghabisan.. aku dah editkan satu gambar khas buat pasangan pengantin ni... kalau cantik.. alhamdulillah.. kalau tak cantik.. tidak mengapa.. berusaha hasilkan yang lebih cantik lagi.. hehehehe... ok la.. dah habis cerita dah ni... hahahha.. daaaaa...


Comments

Popular Posts