Rezeki.. OoOhh.. Rezeki...

hhmmm... sejuk la pulak duduk dalam opis ni... hehehe.. biasa la kalau tak balik lagi ni...
buat OT ler.. atau nama panjangnya. OVERTIME.. kerja lebih masa... huhuu
dah 4 hari berturut-turut ni buat OT... sekadar mencari rezeki lebih... hehe..
masa tengah lepak-lepak buat kerja.. tiba-tiba member opis buka radio dengar bajet 2013..
waaahh... part yang ditunggu.. mesti la bonus kan.. tapi aku bukan kerja kerajaan pon..
saja jer nak dengar.. banyak mana bonus mereka dapat... sekali dia umum.. sebulan setengah gaji.. waaahh..
ramai la yang bertepuk tangan(orang kerajaan ler).. hehehe..
mesti ada yang cakap.. kenapa kerajaan jer yang selalu dapat..
tak per la... itu rezeki mereka.. setiap orang ada rezeki masing-masing..
kuatnya usaha seseorang tu dalam pekerjaan.. insyaallah ada rezeki yang akan datang..
tak semestinya dalam bentuk wang ringgit sahaja.. banyak lagi bentuk rezeki tu akan datang..
jadi.. jangan la kita yang kerja swasta ni rasa cemburu atau jeles dengan orang kerajaan..
biasa la tu kan... heheehe.. kita pon kalau dapat bonus.. mahu 3 atau 4 bulan gaji... kan adil tu.. huhuh..
rezeki Allah yang tentukan.. sama-sama la kita berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal dan diredhaiNya.. Amin..

orang cakap.. kuatnya seseorang tu bekerja.. boleh dilihat pada tapak kasutnya.. aku kerja pakai selipar.. selipar aku punya tapak dah jadi macam ni.. hmmm... apa la maknanya ek.. huhuhuhu...

Comments

Popular posts from this blog

Tempat Syiok - Bangi Sentral Syurga para Hijabster!!

Idea untuk kerja sambilan/part time di Malaysia

Pesanan 1: Tanpa sedar doa tiada duit