Pengalaman menjalani rawatan Chiropractic

Assalamualaikum,

hehehe.. tak sempat nak update semalam pasal chiropractic sebab rasa letih dan tertidoq awal. Memandangkan ramai yang bertanya pasal ni, jadi aku akan kongsikan serba sedikit la pengalaman aku macam mana boleh terjebak buat chiropractic ni.

Pada asalnya aku kelaur ke IOI mall untuk sambut besday isteri, kami buat keputusan untuk makan di Nandos. Kebetulan masa tu ada promosi dari chiropractic clinic ni depan Nandos. Lepas habis makan aku pon cuba la pemerikasaan percuma dia. Dia letakkan mesin tu dekat tengkok, bahu dan pinggang untuk tengok kita buat struktur badan. Result dia agak mengejutkan jugak la sebab badan aku macam senget sebelah, jadi doktor kat situ dia check pakai tangan plak kat tulang belakang aku. Dan dia pon cakap macam senget sebelah kanan, dia cadangkan buat pemeriksaan lanjut sebab sekarang tengah buat promosi, harga untuk CONSULTATION dgn ADJUSTMENT hanya RM95. Lepas bayar aku pon "booking" la tarikh "appointment".


Result ni la yang aku dapat masa masa periksa percuma

Hari sabtu orang lain tengah sedap tidoq, aku bangun p clinic chiropractic ni dekat IOI Mall, Puchong. Sesi berjumpa doktor ada la dalam sejam. Masa ni dia hanya ambil maklumat pasal kita dan info-info sejarah badan kita. Kalau boleh bagitahu ja semua kalau ada sakit-sakit atau pernah jatuh masa dulu-dulu. sebab info-info ni dia akan cuba analisis badan kita sebab hanya kita saja yang lebih tahu keadaan tubuh badan kita sendiri. Lepas tu dia akan suruh meniarap dekat katil yang disediakan untuk dia periksa tulang belakang. Masa ni pon dia ada cakap lagi yang pelvis aku senget, tulang belakang senget dan tulang dekat tengkok pon senget.

Pusat Rawatan Chiropratic First, IOI Mall Puchong

Dia pon cadangkan aku buat dahulu ujian X-Ray untuk dia tengok lebih dalam berkaitan tulang aku dari hujung tengkok sampai hujung tulang pinggul. Dengan bayaran RM282 aku pon sampai la ke BP Specialist Centre,Glenmarie. lagipon sini tak perlu buat "appointment" dulu, terus datang "Walk in" saja. Bila dah habis, Radiographer situ cakap "result" akan dihantar terus ke klinik.

BP Specialist Centre, Glenmarie Selangor

Tunggu punya tunggu, tarikh untuk jumpa doktor pon sampai. Ambik kau, memang dalam x-ray tu nampak jelas tulang aku senget. Rasa macam "Apa aku dah buat sampai senget habis tulang". Sedih jugak la tengok tulang sendiri senget sebelah kanan. Patut la aku selalu rasa letih dan lemah sebelah kanan. Bahagian bawah plak lubang untuk saluran saraf aku dah mengecil sebab tu aku selalu sakit kaki dan lenguh-lenguh.

gambar x-ray tulang aku

Doktor pon beri penerangan dengan lebih terperinci pasal keadaan tulang aku. Jadi dia suruh aku jumpa dia 3 kali seminggu.. perjumpaan dengan dia mesti la sebanyak 60 sesi, maknanya aku kena berterusan datang ke klinik selama 20 minggu berturut-turut. Kos rawatan pula mencapai angka RM7000. Tapi aku cakap dekat doktor aku tak boleh rasanya untuk beri komitmen sampai macam tu, jadi aku pilih untuk buat 20 sesi sahaja dengan kos rawatan sebanyak RM1800.

Jadi sekarang aku kena p klinik 3 kali seminggu. Selepas beberapa kali aku buat rawatan ni, Alhamdulillah badan aku tak cepat letih dan rasa sakit kat bahagian belakang macam dah tak rasa. Rasa ada banyak juga perubahan tu, pagi-pagi aku dah tak selalu bersin dan selsema macam selalu, tak mudah rasa mengantuk. Nanti lepas 6 bulan aku cuba x-ray semula tengok keadaan tulang aku macam mana, adakah sudah kembali normal. Doakan yer semua.. byee.. bye.. byee...

Comments

  1. Traveling adalah kegiatan yang menyenangkan. Mungkin ini ada di setiap kebutuhan bagi setiap manusia. Jika Anda suka bepergian, cobalah untuk memasukkan tujuan wisata Belitung dalam daftar rencana liburan anda. Pulau Belitung memiliki pantai yang unik. Memiliki lanskap bebatuan raksasa yang terbentuk pada zaman kuno. Ini telah ditunjuk sebagai geopark nasional dan menuju otorisasi internasional. Silakan kunjungi situs kami. Kami dapat melayani kebutuhan perjalanan dan seperti paket wisata Belitung atau rental bus dan mobil Belitung.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts