Pesanan 1: Tanpa sedar doa tiada duit

Assalammualiakum dan salam sejahtera..
Kali ni mari kita berbicara tentang duit.. Biasa la..
Perkara penting dalam dunia sekarang ni..
Semua benda nak kena guna duit.. Masuk toilet pon kena duit.. Hehehe...
Seperti biasa.. Kita sentiasa mahukan duit yang banyak...
Nak jadi orang kaya.. Nak ada kereta mewah.. Rumah besar.. Lama-lama hidung pon besar.. Hehehe.. Lawak jer...
Seperti tajuk kat atas tu.. Perhatian diberikan dalam kata-kata yang kita keluarkan..
Bila orang tanya tentang kewangan kita...
Dengan spontannya kita akan jawab "aku mana ada duit".. "Aku tak dak duit".. Walaupun ketika itu.. Kita punyai wang.. Haaaa... Sebab kita takut orang suruh kita belanja atau nak pinjam duit dekat kita... Kalau ada sebab-sebab lain.. Tak tahu la.. Huhuhu.. Itu dia punya hal.. Huhuhu..
Tapi bagi mereka-mereka yang suka kata macam tu.. Apa kata kita cuba tinggalkan tabiat tu.. Sebab kata-kata itu satu doa.. Kalau kita selalu cakap macam tu.. Setiap masa kita akan rasa duit tak cukup jer...
Jangan takut untuk menderma.. Kalau ada duit lebih sikit.. Apa salahnya kita berbelanja sikit orang-orang yang memerlukan.. Jangan terlampau berjimat sehingga menjadi kedekut..
Seseorang yang suka bersedekah.. Akan ada pulangannya nanti.. Percayalah dengan rezeki Allah.. Selagi kita berusaha.. InsyaAllah ada rezekinya dimana-mana...
Pesanan ni pon aku cakap untuk aku juga.. Sebab aku pon kadang-kadang terguna ayat tu.. Bila ada orang pesan dekat aku dulu.. Aku cuba la sampaikan dekat kawan-kawan yang lain.. Supaya kita sama-sama dapat pengajaran sikit.. Apa salahnyakan berkongsi-kongsi.. Hehehe.. Aku tak la baik sangat nak bagi pesanan kat orang.. Tapi boleh la sekadar bagi sedikit pendapat.. Jangan marah-marah yer.. Huhuhuhu...



Comments

Popular posts from this blog

Tempat Syiok - Bangi Sentral Syurga para Hijabster!!

Idea untuk kerja sambilan/part time di Malaysia